Home » Olimpik , sukan » Sukan Olimpik 2012

Sukan Olimpik 2012

Kejohanan sukan paling berprestij di dunia, Sukan Olimpik kini menyusul kembali yang bakal diadakan di London, England sebagai tuan rumah. Temasya Olimpik di London membabitkan 34 venue daripada 26 acara sukan yang disediakan akan bermula dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. Seramai 30 atlet Malaysia telahpun mengesahkan kelayakan untuk beraksi di London melalui lapan jenis sukan iaitu akuatik, badminton, berbasikal, lawan pedang, memanah, menembak, pelayaran dan olahraga.

Semestinya habuan menanti bagi para atlet yang bertanding yang mana pemenang pingat emas Olimpik akan menerima RM1 juta, perak (RM300,000) dan gangsa (RM100,000). Mereka juga diberi pencen sepanjang hayat. Pemenang emas menerima RM5,000, perak (RM3,000) dan gangsa (RM2,000). Insentif wang ini adalah melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam).

Sukan Olimpik 2012 London
Tarikh : 27 Julai hingga 12 Ogos 2012
Tuan Rumah: London, England
Maskot : Wenlock
Laman Web Rasmi : www.london2012.com
Pautan :
+ Senarai Pungutan Pingat 
+ Jadual dan Keputusan Semua Acara Sukan 

Senarai Atlet Olimpik Malaysia 2012

# Memanah
Cheng Chu Sian (Individu Lelaki dan Berpasukan)
Haziq Kamaruddin (Individu Lelaki dan Berpasukan)
Khairul Anuwar Mohamad (Individu Lelaki dan Berpasukan)
Nurul Syafiqah Hashim (Individu Wanita)

# Olahraga
Lee Hup Wei (Lompat Tinggi)
Noraseela Khalid (Lari Berpagar 400 meter)

# Badminton
Lee Chong Wei (Single Lelaki)
Koo Kien Keat (Beregu Lelaki)
Tan Boon Heong (Beregu Lelaki)
Tee Jing Yi (Single Wanita)
Chan Peng Soon (Beregu Campuran)
Goh Liu Ying (Beregu Campuran)

# Berbasikal
Mohammed Adiq Husainie Othman (Acara Lebuh Raya)
Amir Mustafa Rusli (Acara Lebuh Raya)
Josiah Ng (Acara Trek - Sprint Lelaki)
Azizulhasni Awang (Acara Trek - Keirin dan Sprint Lelaki)
Fatehah Mustapa (Acara Trek - Keirin Wanita)

# Terjun
Huang Qiang (3 meter Papan Anjal Lelaki / 3 meter Papan Anjal Seirama Lelaki)
Yeoh Ken Nee (3 meter Papan Anjal Lelaki)
Bryan Nickson Lomas (10 Meter Platform Lelaki / 3 meter Papan Anjal Seirama Lelaki)

Cheong Jun Heong (3 meter Papan Anjal wanita / 3 meter Papan Anjal Seirama Wanita)
Ng Yan Yee (3 meter Papan Anjal Wanita)
Pandelela Rinong (10 Meter Platform / 3 meter Papan Anjal Seirama Wanita / 10 Meter Platform Wanita)
Traisy Vivien Tukiet (10 Meter Platform Wanita)
Leong Mun Yee (10 Meter Platform Wanita)

# Lawan Pedang
Yu Peng Kean (Sabre Individu Lelaki)

# Perahu Layar
Khairul Nizam Mohd Affendy (Kategori Laser)

# Menembak
Nur Suryani Muhd Taibi (Air Rifle 10 meter)

# Renang
Khoo Cai Lin (Renang Gaya Bebas 800 meter)
Heidi Gan (Renang Maraton 10km)


Jadual Atlet Malaysia di Olimpik 2012

27 Julai 2012
- Memanah : Berpasukan (27-28 July )
- Memanah : Individu Lelaki (27 July - 3 August)
- Memanah : Individu Wanita (27 July - 2 August)

28 Julai 2012
- Badminton : Single Lelaki (28 July - 5 Ogos)
- Badminton : Beregu Lelaki (28 July - 5 Ogos)
- Badminton : Single Wanita (28 July - 4 Ogos)
- Badminton : Beregu Campuran (28 July - 03 August)
- Menembak : Air Rifle 10 meter Wanita
- Berbasikal : Perlumbaan Lebuh Raya

29 Julai 2012
- Terjun : 3 meter Papan Anjal wanita
- Lawan Pedang : Sabre Individu Lelaki

30 Julai 2012
- Perahu Layar : Kategori Laser (3 July - 6 ogos)

31 Julai 2012
- Terjun : 10 Meter Platform Wanita

01 Ogos 2012
- Terjun : 3 meter Papan Anjal Seirama Lelaki

02 Ogos 2012
- Renang : Gaya Bebas 800 meter (2-3 August)

03 Ogos 2012
- Terjun : 3 meter Papan Anjal Wanita (3- 5 August)
- Berbasikal : Acara Keirin Wanita

04 Ogos 2012
- Berbabasikal : Acara Sprint Lelaki (4-6 Ogos)

05 Ogos 2012
- Olahraga : Lompat tinggi (5-7 Ogos)
- Olahraga : 400 meter Lompat Berpagar (8 Ogos)
- Diving Men's 3m Springboard (5-7 Ogos)

06 Ogos 2012
- Terjun : 3 meter Papan Anjal Lelaki (6-7 Ogos)

07 Ogos 2012
- Berbasikal Trek : Keirin Lelaki

08 Ogos 2012
- Terjun : 10 Meter Platform Wanita (8-9 Ogos)

09 Ogos 2012
- Renang : Renang Maraton 10km

10 August
- Renang Maraton : 10 Meter Platform Lelaki (10-11 August)



*Sukan Paralimpik seterusnya akan dilangsungkan pada 29 Ogos hingga 9 Sept.


1 comments

  1. bagus dan isi yg mantap,maklumat ni membantukami untuk membuat bukti-bukti yg kukuh.doakan kami ya esok dalam bahas ala parlimen 2014, 19 mac 2014, semoga kotinjen sekoah kami smka dato haji abu hassan haji sail meraih johan esok hari.. :D ameen inshaallah.. :)

Terima Kasih. Sila datang Lagi