Review Mozilla Firefox 4



Perang pelayar web semakin memuncak yang mana pada bulan Mac ini pembangun mula melepaskan versi terbaru pelayar web mereka seperti IE9, Chrome 10 dan Opera 11 memperagakan fungsi dan antaramuka terbaru pelayar web mereka. Mozilla juga tidak melepaskan peluang melepaskan versi akhir Mozilla Firefox 4 setelah mengeluarkan versi RC pada awal bulan ini dan 10 kali dikeluarkan dalam versi percubaan (beta). Dibawah antara perkara baru yang ada pada Mozilla Firefox 4 :

1.Firefox memperkenalkan antaramuka dan rekabentuk baru yang mana penggunaan toolbar dikurangkan. Menu Utama digantikan dengan butang firefox yang terletak dihujung pelayar manakala lokasi tab diletakkan pada bahagian atas dan tab url dibawahnya. Butang Home dan bookmark pula berada disebelah kanan pelayar.


2.Firefox turut menyediakan fungsi pin tabs yang mana hanya memaparkan favicon pada lokasi bar dan lebih menjimatkan ruang. Fungsi ini sesuai untuk pengguna yang ingin membiarkan laman web tertentu sentiasa dibuka seperti email mahupun blog. Fungsi Switch to Tab pula memudahkan pengguna melayari dari satu tab ke tab yang lain. Selain itu, alamat url pantas kelihatan dimasa menaip laman kegemaran anda.

Fungsi Pin Tabs


Fungsi Switch to tab




3.Firefox Sync pula membenarkan semua data Firefox pada dekstop anda termasuk history, passwords, bookmarks dan open tabs digunakan pada telefon mudah alih termasuk peranti Android dan iOS. Ikuti cara penggunaannya disini.



4.Rekabentuk terbaru Add-ons Manager memudahkan lagi penggunaannya.



5. Firefox juga menyediakan fungsi Tabs Groups yang mana memudahkan pengguna mengawal tab yang banyak berbentuk interaktif.



6. Prestasi Mozilla Firefox 4 juga dipertingkatkan. Firefox 4 menggunakan engin javascript JagerMonkey JavaScript yang mana prestasinya tiga hingga enam kali lebih baik dari versi terdahulu. Kelajuan melayari internet dan prestasi grafik akan dirasai pengguna.



7.Fungsi lain seperti sokongan HTML5, WenM dan CSS3, penjagaan privasi yang lebih baik seperti fungsi Do Not Track, dan fungsi crash protection yang mana laman web yang crash boleh di buka semula tanpa perlu restart Firefox.

Selebihnya dapatkan Mozila Firefox 4 dan alami sendiri perubahan untuk versi terbaru ini.

+ Mozilla telah membuat perancangan untuk mempercepatkan pembangunan pelayar webnya selepas ini, dimana Firefox 5,  6.0 dan 7.0 dijangka menyusul pada tahun ini.
+Firefox 4 membaikpulih lebih 500 bugs semasa dalam versi RC
+Firefox 5 dijangka dikeluarkan bulan Jun ini

UPDATED
Firefox 4 dimuat turun sebanyak 7.1 juta kali dalam hari pertama keluaran ditambah dengan 3 juta pengguna yang update melalui Firefox 4 Release Vandidate.

Sumber Mozilla Firefox