Notifikasi Gmail di favicon dan Desktop



Google memperkenalkan dua ciri terbaru pada Gmail iaitu memaparkan popup mesej terbaru didesktop dan bilangan mesej belum dibaca (unread message) difavicon. Cara pemasangannya dibawah :

Unread Message Icon

Ciri ini hanya boleh digunakan bagi versi pelayar Firefox2+ dan Chrome6+ (+ keatas). Jimatkan ruang dengan menggunakan pin tab pada Google Chrome untuk memaparkan  favicon dan unread message sahaja. Bagi pengguna Mozilla Firefox anda boleh menggunakan addon App Tab.





1.Buka akaun Gmail anda
2.Klik Setting dipenjuru kanan Gmail
3.Klik menu Labs
4.Gunakan scroll atau search "Unread message icon"
5.Tick enable

Desktop Notifications

Buat masa sekarang ianya hanya boleh digunakan pada pelayar Google Chrome dan dijangka akan dibawakan untuk pelayar yang menyokong HTML5 seperti Firefox 4 dan Internet Explorer 9.



1.Buka akaun Gmail anda
2.Klik Setting dipenjuru kanan Gmail
3.Gunakan scroll dan cari "Desktop Notifications"
4.Tick chat notification on
*Customize notifikasi dibawahnya 



Sumber Gmail Blog